Persatuan Peniaga Kecil Kg Sagil Tangkak Johor Persatuan Peniaga Kecil Kg Sagil Tangkak Johor

  • Home
  • GERAI JDT PPKS
  • HERBA KACIP FATIMAH
  • Home
  • GERAI JDT PPKS
  • HERBA KACIP FATIMAH

Kami dari pihak PPKS mengalu-alukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat ke tempat kami. Jika berminat sila hubungi atau email ke

- 016-6263744 (Dato' Md Ismail Hamdan) Pengerusi PPKS

- ppksagil02@gmail.com

Peta Ke Rumah Hijau Kacip Fatimah

  1. PROGRAM MENUBUHKAN PLOT MODEL KAMPUNG HERBA BAGI MERAKYATKAN HASIL R&D

Plot Model Kampung Herba seluas 0.7 hektar yang akan menjadi tapak kajian jangka panjang milik FRIM untuk menjalankan penyelidikan berkaitan herba terpilih.

Spesies herba yang terpilih termasuk merunggai (Moringa oleifera), cucur atap (Baeckea frutescens), senduduk putih (Melastoma decemfidum), belalai gajah (Clinacanthus nutans), mengkudu (Morinda citrifolia), hempedu bumi (Andrographis paniculata), misai kucing (Orthosiphon stamineus), sambung nyawa (Gynura procumbens) dan pecah beling (Strobilanthes crispus).

Plot tersebut juga akan dijadikan sebagai Plot Rujukan Penanaman Herba bagi penduduk-penduduk Kampung Sagil, penyelidik-penyelidik FRIM dan pelajar-pelajar universiti.

Ladang herba yang ditubuhkan ini mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk kampung bergantung kepada spesies yang ditanam. Trend permintaan terhadap produk-produk berasaskan herba semakin meningkat seperti yang dibuktikan dengan kajian yang menyatakan permintaan terhadap bahan mentah herba adalah kira-kira 500 tan setahun manakala nilai penawaran bahan mentah hanya dalam lingkungan 80 tan sahaja.

Kajian terkini FRIM menunjukkan 83% bekalan bahan mentah kacip fatimah diperoleh dari hutan semula jadi yang tidak mapan berbanding dengan hanya 17% dari perladangan serta import. Oleh itu, aktiviti perladangan mempunyai potensi untuk menghasilkan bekalan bahan mentah yang bernilai komersial sekiranya diterokai dan diuruskan dengan baik.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR (KMJ) 2017 EDISI KE 20

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke 20 yang merupakan penjelajahan secara konvoi sejauh 808KM merentas 10 daerah di Johor. KMJ kali ini akan singgah ke Kg Sagil Pt 2 untuk beramah mesra dengan rakyat. 


Lawatan Pegawai Daerah Tangkak bersama-sama Pegawai Tanah Daerah Tangkak, Yang DiPertua Majlis Daerah Tangkak serta Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak ke tapak penanaman Herba Kacip Fatimah (13.06.2017)

Majlis Penyerahan Projek MOSTI Social Innovation (MSI) 16032 Bagi Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) - Projek Penanaman Herba Kacip Fatimah Kepada Persatuan Peniaga Kecil Kg Sagil, Tangkak, Johor

Projek ini adalah sebahagian usaha MOSTI untuk merakyatkan sains, teknologi dan inovasi yang sebelum ini dimonopoli oleh golongan penyelidik. Usaha ini juga adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 yang memberi tumpuan khusus untuk mempertingkatkan lagi ekonomi rakyat (people economy) di samping memastikan ekonomi modal (capital economy) negera terus berkembang.

Semenjak dilancarkan, Bioeconomy Corporation telah memperluaskan perlaksanaan BCDP ke seluruh negara dan sehingga Mei 2017, 34 projek-projek BCDP sedang dilaksanakan dalam pelbagai peringkat dengan penglibatan seramai 1,900 peserta.

Pada masa yang sama, projek Penanaman Herba Kacip Fatimah di kg Sagil Pt 2 ini merupakan salah satu projek BCDP yang dilaksanakan melalui dana daripada MSI.

Ahli persatuan kini mempunyai kemahiran untuk memperbanyakkan baka Kacip Fatimah melalui kaedah pembiakan tampang secara keratan. sebagai permulaan, baka 6,000 pokok telah diperbanyakkan akan ditanam di ladang secara berpusat.

Projek ini akan memberi faedah secara langsung kepada ahli persatuan PPKS. Kg Sagil merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong kerana lokasinya yang berdekatan dengan Gunung Ledang.

Projek ini berpotensi untuk meraih hasil Kacip Fatimah basah sebanyak 2,000 kg bagi setiap ekar tanaman, disamping menjana pendapatan sebanyak RM3,200.00 sebulan berdasarkan harga belian balik sekitar RM 40,000.00 bagi setiap tuaian.

Khasiat Kacip Fatimah sebenarnya tidak hanya terhad untuk kaum wanita sahaja. Ekstrak Kacip Fatimah kini digunakan untul pelbagai produk kesihatan bagi menambah tenaga, mengembalikan kecergasan, menurunkan berat badan dan beberapa kajian turut mendapati Kacip Fatimah bersifat antikanser, antiradang serta antikulat.

Pembinaan Rumah Herba Kacip Fatimah

Program Pemindahan Teknologi Pembiakan & Penanaman Kacip Fatimah (20.03.2017 - 24.03.2017) di Kg Sagil Parit 2

Kumpulan Pertama Melawat Tapak Pembenihan Herba Kacip Fatimah di Kg Herba PDM Sagil daripada Taska Kg Sagil & Taska ILP diperkenalkan kepada Pokok Kacip Fatimah & Cara Pembenihan yang disampaikan oleh pegawai FRIM Malaysia.

Lawatan daripada Tabika KEMAS Bukit Gambir ke Tapak Pembenihan Herba Kacip Fatimah.

ACARA PERTUKARAN MEMORANDUM KERJASAMA SEMASA MAJLIS PEMBUKAAN HARI BIOEKONOMI DI KUALA LUMPUR

Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation) yang sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertindak sebagai peneraju utama bagi industri berasaskan bio dan sebagai one stop centre bagi menyediakan sokongan, kemudahan dan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat berasaskan bio di Malaysia

Make a free website with Yola